Skip to main content

Dating @ Pantai Sepat


Mode : Hapdet cerita dating..

بسم الله الرحمن الرحيم ...

Intro to my comeback story...

Al-kisahnya, nak dijadikan cerita, memandangkan minggu lepas ada 2+2 hari cuti di hujung minggu (cuti Gong Xi Fa Cai maaa...), telah dicadangkan oleh incik Abe supaya diadakan satu hari untuk berjalan berdua (dating la tuu.. ^_^). Asalnya, cadang nak g jenjalan kat Segamat, to my FIL's place, ye la, sempena Tahun Baru Cina (btw, incik Abe saya mix-blood okey). Tapi, disebabkan perut yang dah memboyot, rancangan terpaksa ditukar. Jalan jugak, tapi dalam negeri jak la. Destinasi, pantai yang jauh dari bandar, iaitu Pantai Sepat (yeay!! takmo TC)

Dalam kepala memang dah set, sebelum ke pantai, nak ajak incik Abe pegi lunch kat satu restoran yang agak femes dekat Kuantan ni. Jadi, ke MABIQ la kami.

Tercapai jugak hajat nak bawak incik Abe makan kat restoran Mabiq ni. Menu kami haritu, Daging Salai Goreng Kicap, Gulai Telur Itik, Pecal, Kerabu, Ulam-ulaman + Sambal Belacan & Budu (ni incik Abe yg amek) dan takeaway Gulai Lemak Daging Salai untuk lauk makan malam. Memang terbaik!!!
Kalau nak tau lebih lanjut pasal restoran ni, boleh la blogwalking ke  http://mabiq.blogspot.com/. Waktu operasi Ahad hingga Khamis, jam 7 pagi - 7 petang (sepa datang ari Jumaat ngan Sabtu memang kempunan la jawabnya..).

Ok, habis cerita pasal makan. Dengan perut yang kenyang dan sememangnya dah boyoi, kami pun teruskanlah perjalan menuju ke destinasi. Tak jauh dah dari Mabiq. Disebabkan dua-dua tak pernah sampai lagi, maka kami pun tawakal je la cari jalan ke Pantai Sepat tu. Dengan bantuan Mr Google Maps dan Mr Waze, akhirnya kami berjaya sampai.

Pantai Sepat, Kuantan, Pahang

Maka, berdatinglah kami berdua sampai penat duduk atas tunggul kayu di tepi pantai tu. Seronoknya dating bila dah halal. ^_^

Sekian cerita panjang lebar untuk entry kali ini (entry balas dendam sebab lama sangat tak hapdet..).



Comments

Popular posts from this blog

Wordless Wednesday #1

11.11.11

Ada apa dengan 11.11.11 ? Well, tarikh hari nie 11.11.2011. Apa yang menarik hari nie? Orang ramai teruja dengan tarikh 11.11.11. Unik orang kata. Ramai yang pilih tarikh hari nie untuk melansungkan perkahwinan. Kebetulan la pulak hari ni hari Jumaat, sesuai sangat la bagi sesiapa yang nak menikah hari nie kan. Berkat... Kredit to lovelypictures Yang aku bila pulak kan? Begitu la jugak kisahnya dengan ibu-ibu dan bapa-bapa yang menyambut kelahiran baby tersayang pada tarikh 11.11.11. Lagi cun kalau babynya menjenguk alam fana ini tepat pada 11.11.11 jam 11.11 am/pm. Tak ke unik tu? HMetro FB Makanya, itu pasal la manusia mengagung-angungkan tarikh hari nie. Alkisahnya pulak pada diri seorang insan nie, sehari suntuk sudah masanya dihabiskan mengadap si Encik Dell, Dell besar ngan Dell kecik.. Bila orang lain sibuk cakap pasal 11.11.11, dia pun nak la jugak. Tapi 11.11.11nya dihabiskan dengan keje memanjang, yang tak pernah nak habis. Bila...